Thursday 12 March 2015

Sedap sangat ke Mee Udang Mak Jah , Kuala Sepetang ni?



Mementang musafir kan...
time maghrib kita dok mencekik makan Mee Udang kat sini.
Time ni orang tak berapa ramai macam pukul 6 petang tadi.
 So nak snap-snap gambar bawah ni takde lah segan sangat.


Persoalannya sekarang, sedap sangat ke Mee Udang Mak Jah ni?

Meh kasi tengok gamabr dulu ye.
Ini Mee Udang Special, RM13 semangkuk . Papa yang punya.




Ini Mee Udang Biasa, RM9 semangkuk. Mama punya

Amacam? Berselera tak?
Cer kira berapa banyak udang dalam 1 mangkuk?
hihihihihi...

Okay...menurut anak tekak Mama and Papa...

 Mee Udang Mak Jah ni.... sedap!
Markah Mama kasi 90%

 Memang sedap mee udang Mak Jah ni. Rasa manis dan pedasnya sedang elok.
Dihidangkan panas-panas, dengan
 kuahnya yang pekat dan rasa udang nya sangat mengancam. Fresh!!!
Memang sedap.

Mana tak nya… semangkuk mee udang tu ada dalam 5 ke 6 ekor udang.
Beza Mee Udang Special  dengan yang biasa cuma saiz udangnya lebih besar berbanding
 mee udang biasa.

Rasa… tetap sama. Sedap!

Papa kata , lulus anak tekak!


Untuk Hakim, Papa order kan Nasi Goreng Udang .
(remark::no chilli, Hakim tak tahan pedas)

Ya Allah… habis sesampan anak Mama makan.
  Mama kena kopekkan udang dalam sampan Hakim tu  sampai habis then baru boleh makan mee udang Mama. Kalau tidak, baru Mama nak makan sesuap mee…. Hakim dah  minta Mama tolong kupekkan kulit udang. Haiiiishhhh!

Dalam Nasi Goreng Udang Hakim ni ada dalam 5-6 ekor udang goreng saiz besar.
Udang-udang tu semua tersorok dalam sampan, bawah nasi goreng. Siap ada sos, Mak Jah kasi.
So memang puas hati makan. Berbaloi lah dengan harganya , RM9 sesampan.

Nasi Goreng Udang no pedas-pedas ye Mak Jah..

Nyum nyum nyam... serius Papa makan ye.
Licin. Alhamdulillah...
 Kat restoran Mak Jah ni bukan je ada mee udangye tau, macam-macam menu ada.
Bihun, mee, kueh teaw, nasi pun ada.

Ada lagi 1 restoran berdekatan Mak Jah ni. Namanya Mee Udang Mak Teh, orang kata sedap juga cuma udangnya tak sebanyak kat restoran Mak Jah. Itu orang yang  kata... 
Ada rezeki kita mai sini lagi ye Hakim, try Mee Udang Mak Teh pula.

Ni Mama selitkan bill makan malam kita kat sini .
Kot nak mai sini lagi sesat boleh koling-koling Mak Jah. Hihihi...
Bill siap ada alamat dan contact no lagi ni. 

Cash only.

Ini restoran Mak Jah.  Meja banyak, staff pun ramai.

Siap makan kita terus balik hotel.
Lebih kurang 40 minit juga lah perjalanan dari Kuala Sepetang ni nak balik ke hotel 
area Tasik Taiping. 

Sampai bilik terus mandi air panas sikit-sikit,  then bagi Hakim  susu sebotol, terus tidur.
Esok nak bangun awal... nak ke Bukit Merah Laketown pula .

Oh lupa pula tentang Bukit Larut and Equine Park ye. Oleh sebab hari dah malam time sampai ke hotel so kita tak dapat naik Bukit Larut dan menunggang kuda harini. Kalau dan esok or lusa , Mama cadang nak buat juga aktiviti ni. Hakim rasa dan tak? Hihihihi... tunggu ye Mama update lagi story Tepen kita lagi nanti ye.


~~~ Selesai sudah jadual hari pertama kita di Tepen. ~~~

No comments:

Post a Comment